Wednesday, December 30, 2009

8 jam sebelum


8 jam sebelum 2010 menjelma. 2-3 hari aku dengar di radio, malah di tv memnbincangkan topik yang sama.
apa azam tahun baru?
azam tahun ni dah tercapai ke belum
bagus! bagi siapa yang berazam. kenapa? bagi aku, azam tu macam planning. planning nak kumpul duit. planning jadi lebih baik. planning nak kawin. planning nak ade anak. kalau xd planning, xd azam, xd cita2, xd keinginan..kejayaan xkan dicapai. tp, bagi aku pulak, aku jarang ade azam untuk tahun baru. "nak tau rahsia x?"... aku xpernah ada cita-cita..cuma aku ada satu prinsip..aku akan buat betul2 untuk apa yg aku buat..insyaallah..dan..tahun ni aku ada azam...ha...meh aku senaraikan :
1. Azam nak kumpul duit
2. Nak kumpul duit bnyk2 sebelum 2011
3. Duit dah ada sebelum 2011
4. 2011 dah boleh buat preparation
5. sebab nak kawin 2011....
hahahaha
xpasal2...

Tuesday, December 29, 2009

cepatlah sayang~

petang.patut aku dah pulang. tp belum. telah diarahkan OT. Nak OT kene bagi arahan? hahahah. memang malas. sebab? : buat ape nak OT kalau kerja hakiki memang tak banyak. betul. hakikat tu.
balik cerita asal. kenapa OT harini? sebab ada pelawat. huh, bukan sombong. bukan tak bagi orang datang. cuma sekarang dah pukul 4.33 beb!. mane depa ni. nak datang ke x...?aku perlu pulang. pukul 5 jalan mula sesak. mulalah aku tertido dalam kereta nanti. lagipun....
ARINI ADA DATE NAK TENGOK SHERLOCK HOLMES...I need some rest, nanti baru bleh perah otak..waaaaaaa! nak balik. nak balik!

Tuesday, December 22, 2009

bukan ego

Pagi.Selalunya aku dah sibuk mikirin nak sarapan apa.tp tatau kenapa akhir2 ni aku tidak se'selera' macam selalu. Selalunya mesti dah plan dari rumah nak makan nasi lemak tawaf (kene tawaf meja amik lauk). Nak makan roti banjir. nak makan kueh sampan. tp..entah, kenapa selera aku sepi akhir2 ni. semalam pon aku xmakan. aku relakan diri aku tido dari pukul 9malam, pukul 6 pagi baru rasa nak bangun. tp, untuk mengelak terkena gastrik, aku amik roti 2 keping, air susu. tu je? simple kan..? sesimple hidup aku sekarang ni. abang tanya "xp ke makan sorang2?" ...aku lebih senang macam ni. nampak macam sunyi. tidak juga. aku kata kat abg "syg nak pegi beli barang" abng tanya "xp ke pegi sorang2?". janganlah risau. aku boleh buat. bukan ego. tidak. aku lebih senang begini..

Sunday, December 13, 2009

Lepas tu?

salam. isnin. pagi tadi drive ke ofis dengan 1001 benda dalam kepala. teringat anak sedara aku yang dah kawin semalam. ramai bertanya "Kamu bila lagi?" .."Esok boleh?" tapi aku jawab dalam hati je la. Kelmarin main boling dengan ofis mate abang. Wife kawan abg tanya "Bile nak langsung?"...aku terdiam. tak tau nak jawab macam mana. ramai bertanya. boleh tak kamu sekelian berhenti sekejap dari tanya soalan-soalan yang buat aku terdiam? tiada jawapan untuk itu untuk masa ini. sila jangan buat saya bertanya-tanya pada hati? Nanti saya tanya kepada abang. aku tak mau menekan abang dengan soalan-soalan macam itu, sebab bila kamu tanya aku, nanti aku tanya abang..bila aku mengadu kat abang aku rimas dengan soalan-soalan itu.."Biarkan je la"..
lepas SPM : "SPM dapat berapa?"
lepas tu : "Sambung belajar kat ne?"
lepas tu : "Bila nak habis belajar?"
lepas tu : "keje kat ne, keje ape?"
lepas tu : "bile nak kawin?"
lepas ni : "Anak berapa?"
lepas tu : "Anak da kawin?"
lepas tu pulak : "Cucu berapa?"
ha...kan...tu topik yang penting kalau berjumpa. kalau tak, nak berbual ape kalau jumpa kan...? standardla..hehehehe


husband kak ita.cha.kak ita

Thursday, December 10, 2009

k0s0ng


aku lambat hari ni. alarm kat tepon da bunyi. alamak...hari ni jumaat ke? kenapa bukan sabtu..? takpelah..sat gi aku bangun la.

5 minit


10 minit

.

.

.

30 minit


alamak..! lewat. cepat.cepat.gunakan skill anda.tiada nyanyian riang di bilik kecik. baju?hum.aaargh, capai je la. purple. tudung purple. janji senang nak gosok. "kak, tolong masukkan bubur dalam tupperware".

cepat.cepat.cepat


sampai parking. pakcik lori : "kenapa kelam-kabut? lambat eh?". Saga jawab : "ha'ah. heheheh" Pakcik lori : "Ikut MRR2 ke? x jauh ke?". Saga : "KL lagi jem." hisy pakcik ni. aku da lambat ni la dia ajak borak. ha! tak kira. aku terus pecut ikut MRR2. dah biasa pun jalan ni. dah boleh baca. tapi pelik la hari ni. Laluan aku mudah. aku boleh kira berapa banyak kete pagi ni. bukak HOT fm "Selamat bercuti kepada rakyat Selangor". iyela...dorang cuti harini. wah..baguslah. lancar pejalanan aku arini. aku xdengki pada mereka. betul. sikit pon tidak. biarlah mereka bercuti. ya!. sikit pun xheran.


betul...aku xkesah...


waaaah. nak cuti jugak! nak! nak!

Wednesday, December 9, 2009

haku dah letih


aku dah letih dengan semua ni

aku dah letih dengan sekeliling aku

aku dah letih dengan persekitaran aku

apa yang aku dapat lepas ni?

aku gembira?

entah...

kamu gembira tak?

aku tak tau..

kenapa perlu aku korbankan kegembiraan aku?

sebab aku gembira tengok orang lain gembira

tp orang lain kenapa tak boleh tengok aku gembira

kenapa orang tak mau cube untuk buat aku gembira

tak pernah cube untuk tahu apa yg aku suka

hipokrit ke aku...?

tak

aku cume dah letih...

Monday, December 7, 2009

Bercuti ke Pangkor

Aku baru pulang bercuti ke Pulau Pangkor. Bukan ape, ade sorang member aku ni cam interested nak g. so, kat sini aku nak share pengalaman yang mane mampu. Mula-mula, pergi ke Jeti Lumut. Sesiapa yang drive sindiri tu, parking memang disediakan khas untuk pelancong. Aku park 2hari 2 malam, RM15.00.

Tiket Pergi Balik


Sampai je kat jeti pangkor tu, terus amik teksi. (Untuk pengetahuan korang, teksi dia warna pink). Bentuk van. Boleh memuatkan dalam 6 orang penumpang. Satu teksi RM12.00. Aku cadangkan kalau nak menginap kat Pangkor ni, pegi kat Teluk Nipah. Pakcik teksi tu kata, Kat Teluk Nipah bnyk aktiviti sikit. Kalau kat Pasir Bogak macam xd ape...tp memang betul pon..

Persisiran Pantai Teluk Nipah

Kalau nak pilih chalet, kat depan Teluk Nipah ni memang bnyk la...tapaya risau. kalau rajin, search than booking. kalau malas, dtang terus check in. Aku syorkan kalau datang sini sewa motor. Kalau Skuter RM40.00 sehari (Seingat aku la). Kalau isi full tank, cukup nak pusing satu pulau. Aktiviti yang korang boleh buat. snorkeling (RM10.00), Boat round pulau (RM10.00), Banana boat (Rm15.00), banana split (RM5.50). hehehehehe

Selamat bercuti.

Monday, November 30, 2009

Orang baru


Sejak aku bercuti dari belajar ni
aku rajin nak melawat sedara mara aku
apatah lagi musim raya
walaupun raya Qurban

Semalam kakak aku ajak melawat sedara aku yang baru bersalin
Bukan aku tak suka
Bukan macamtu
Bukan aku sombong
Bukan aku macamtu
Cuma aku...
Cuma...
Cuma aku tahu
Lepas aku melawat orang bersalin
Mesti aku teringin..
Perlukah?

Sunday, November 29, 2009

be the one

Assalamualaikum
melangkah kaki kanan
aku suka baca blog orang
suka sangat
tapi tatau macam mana nak mula
best
teruja
sume ade