Sunday, December 13, 2009

Lepas tu?

salam. isnin. pagi tadi drive ke ofis dengan 1001 benda dalam kepala. teringat anak sedara aku yang dah kawin semalam. ramai bertanya "Kamu bila lagi?" .."Esok boleh?" tapi aku jawab dalam hati je la. Kelmarin main boling dengan ofis mate abang. Wife kawan abg tanya "Bile nak langsung?"...aku terdiam. tak tau nak jawab macam mana. ramai bertanya. boleh tak kamu sekelian berhenti sekejap dari tanya soalan-soalan yang buat aku terdiam? tiada jawapan untuk itu untuk masa ini. sila jangan buat saya bertanya-tanya pada hati? Nanti saya tanya kepada abang. aku tak mau menekan abang dengan soalan-soalan macam itu, sebab bila kamu tanya aku, nanti aku tanya abang..bila aku mengadu kat abang aku rimas dengan soalan-soalan itu.."Biarkan je la"..
lepas SPM : "SPM dapat berapa?"
lepas tu : "Sambung belajar kat ne?"
lepas tu : "Bila nak habis belajar?"
lepas tu : "keje kat ne, keje ape?"
lepas tu : "bile nak kawin?"
lepas ni : "Anak berapa?"
lepas tu : "Anak da kawin?"
lepas tu pulak : "Cucu berapa?"
ha...kan...tu topik yang penting kalau berjumpa. kalau tak, nak berbual ape kalau jumpa kan...? standardla..hehehehe


husband kak ita.cha.kak ita

No comments:

Post a Comment