Thursday, January 21, 2010

Cinta : Edisi 4

21 Ramadhan

"awak, arini sy nk buka dgn awk boleh x..?, ade benda sy nk ckp"

kasyah : ok
..................
kasyah : td kata ade benda nak ckp?

aku terpaku. aku xtau nak ckp apa. aku nk jumpa dia je. tp mcm ade nk tanya. ha, skil komunikasi yg kurang baik. ok, tarik nafas dalam-dalam. entah, aku xtau. aku rasa macam letih je. aku pandang anak mata kasyah. susah utk di describe. dia selamba je. hanya menanti apa yg bakal aku lontarkan. finally..
"xd apelah awak. sy cume nak balik"

"awak ok ke...sy nmpk muka awk pucat je. boleh ke bawak motor. kalau x boleh, saya teman awak sampai rumah."

Aku cuma mampu tersenyum. tiba-tiba aku rasa badan aku letih sgt. aku tidak mampu berfikir. Tanpa berkata apa-apa, aku cuma meninggalkan Kasyah di situ dan berbekalkan sedikit senyuman.

Sampai di rumah, aku tertidur.

.................................................

"cha, bangun. Ko dah makan ke belum?". Lina mengejutkan aku. pukul 12am. memang aku tidak sedar. letih sgt aku rasa. aku bingkas capai telefon bimbit. satu persatu perkataan aku taip:
to : Kasyah
Awak, sy dah buat keputusan. Saya nak jalani hidup saya seperti sebelum ni.

5 minit kemudian :
xp, sy terima keputusan awak. Saya janji saya xakan ganggu awak lagi

Laju air mata aku mengalir. aku tak tahu kenapa. sakit terasa. sesak nafas. bingung. buntu.
.........................

selepas dari hari itu, aku menjalani hari-hari aku yg sepi. teman-teman cuba membuat aku ketawa. sekejap. malam, aku menangis bawah selimut. itukah rindu? tidak. aku cuma.................xtahu kenapa. bila aku makan, aku muntah. xboleh masuk. bila aku tidur, 2 jam sahaja, kemudian pasti terjaga.

seminggu kemudian, aku tidur dengan nyenyak nya. aku tak tau kenapa.
pkul 4.30 am
Calling: Kasyah....
Awak, bangun. sahur.

lama aku terdiam. air mata ini mengalir laju. Sepi menghiasi perbualan itu. akhirnya...
"Awak saya nak mintak maaf sebab ganggu awak pagi2 ni, sebab saya dah tak boleh tunggu sampai esok. Saya nk mintak maaf sebab mungkir janji yg sy dah buat untuk tidak menganggu awak lagi. saya tak boleh biarkan awak berlalu macam tu saja. Saya rasa lain sgt sejak minggu lepas. saya tak nak lepaskan awak lagi.sy nk hidup dengan awak"

"betul apa yang awak ckp? awak sanggup terima baik buruk saya? awak sanggup hadapi apa saja yg dtg dengan saya?.."

"YE, SAYA SANGGUP.."

Cinta : Edisi 3

30 Ogos 2006

Mesej from Kasyah (6.30 pm)
Awak buat ape kat rumah cuti-cuti ni..?

me
tak de buat pe pon...nengok tb je

mesej berganti mesej. sampai pkul 1 pagi. aku stop. kenapa? kredit habis. digi-celcom. akhirnya, encik kasyah yang telefon. kaya mamat ni boleh telefon aku. bagi student, nak calling2 ni jarang sekali. aku senang melayan telatah dirinya. aku cube bertanya lagi, "awak ni siapa sebenarnya?. saya dah letih nak main teka-teki lagi". kasyah :"rahsia". adoyai!!
"xpelah, saya nak teka boleh x? tp kalau yg saya teka tu betul, awak kene admit. janji?"
"janji"
"dari topik-topik yg kita borak, awak ni semester 6, ofkos seorang lelaki. student civil. yg sy kenal dlm DKA6 tu muiz. tp x mungkin muiz. awak ni Zaini kan..?"
"errrr.hahahahahha.mane awak tau ni.? ye, saya zaini. cube gtau sy, mcm mane awak tau?"
"RAHSIA"

*abg, kite kena ikut apa naluri kita. walaupun kita x pernah bertentang mata, sejak syg mendengar suara abg, syg tau abg ni zaini, org yg bertanya nombor telefon syg pada kak sarah. and, untuk pengetahuan abg, tiada sorang pun di kalangan rakan-rakan abg yang membocorkan rahsia abg ni..NALURI. malam itu, setelah mengetahui perkara sebenar, syg tido dgn senyuman masih bersisa di bibir.

Cinta : Edisi 2

ada satu malam, macam malam-malam sebelum tu, aku menanti mesej dari kasyah. hampa.. :(
selalunya, pukul 8malam mesti ada mesej-mesej nakal yang mengusik. tiada. tak ape la..aku ok. tp, pukul 10pm, deringan telefon bimbit aku buat aku berdebar. seudah ku agak.

calling......
Kasyah


Hello..Assalamualaikum....
itulah perkataan pertama yang aku dengar dari suara milik kasyah. Entah kenapa, aku berdebar. aku rasa bibr aku xlekang dari mengukir senyuman sepanjang perbualan kami. Tiba-tiba, kasyah mengeluarkan topik yang buat aku rasa marah.

"Awak, tadi saya keluar dengan En Ismail(bukan nama sebenar). Dia suruh saya tidak berkwan dgn awk lagi. sebab, kerana saya prestasi awak semester ni menurun."

"Apa, suka hati dia je. Saya tau keputusan sy utk test aritu x bagus mcm dulu. tp bukan sebab ni. saya xakan campur adukkan masalah peribadi sy dgn akademik. itu yg saya pegang dari dulu lagi. hakikatnya, dia mendiskriminasi saya dalam kelas. awak jgn mudah percaya dgn ckp-ckp dia boleh x..? kalau awak x percaya, awak tunggu smpai hujung semester ni. saya akan buktikan yg dia salah!"

membuak-buak amarah aku. rasa basah di pipi aku....kasyah cube menenangkan aku....
..........................

Cinta : Edisi 1

Zaman di Politeknik, semester 5, 2006. Ketika itu Julai.
Pagi tu, aku dan ahli kumpulan makcik kiah perlu membuat probe mackintosh. Aku tengok je, sebab aku ada ciri-ciri pemimpin. apakah?. dalam sibuk-sibuk aku memberi arahan pada anak-anak buah, tetiba lalu segorombolan senior. "Kitorg dah buat sume ni..kalo nk copy data, meh la kite dating"..amboi, no! aku bukan macam tu. dalam ramai-ramai, tertengok jugak la sorang senior ni...hum..gatal kan..?
Malam tu..
Cha, ada org mintak no fon td..budak kelas akak. tp akak xbagi, gatal budak tu. Bagus betul kakak rumah sewa aku ni. begitu menjaga adik-adik dia yg comel ni. hahahaha.boleh lagi kan? nak di jadikan cerita, satu malam, aku terima satu mesej dari nombor yg x dikenali. "hai awak, buat apa tu?" sape plak ni..? biar je la....
xp la, balas je la..aku rase kawan2 aku nak kenakan aku ni..
makin lama, aku senang melayan mesejan-mesejan beliau. ooops, lupe nak gtau sape name dia. 'Kasyah'...fuh, nama pena ke ape mamat ni..?tp kenapa aku xpenah kisah..? bukan aku xpnah tanya siapa dia sebenarnye..aku bukan ape, aku xmo org gelak2kan aku sebab nk permainkan aku. hate!

suatu hari...
"Awak, baik kita berhenti mesej. Walau awak belum tahu siapa saya..xplah, cukup sampai disini.."

What?? ape mamat ni nak dari aku sebenarnye..?

"Awak, awak datang tanpa saya jemput, awak nak pergi tanpa saya suruh? Saya dah agak benda ni terjadi"

kasyah : "Saya tau ada orang xsuke perhubungan kita..."

"Kenapa sebelum ni awak xfikir dulu sebelum nk kawan dgn saya? Kenapa baru sekarang?. Dah la...xpayah susah2 nak pikir, saya ok je. Kite kawan je..."

kasyah : "Kalau itu yg awak mahu"

.................................................................

Monday, January 18, 2010

Teknik Shichida

Ini adalah entri aku yang pertama untuk tahun 2010. Aku mahu mulakan entri aku pada tahun ini dengan sedikit ilmiah yang aku dapat dari bacaan aku. "Teknik Shichida". baca pon kita boleh tau dari Jepun kan..? Walaupun aku belum dikurniakan anak (kawin pon belom)...xsalah aku tau benda ni..kawan2 yg dah ada anak, boleh praktikkan, tengok hasilnya...


Teknik shichida
diamalkan oleh masyarakat jepun untuk melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan. Kita boleh nampakkan keberkesanannya. Tengoklah orang jepun macamana. Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri, tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangkannya. Sebelum melakukan teknik ini ,tarik nafas sedalam-dalamnya dan relaks. Jangan lupa. Berdoa. Moga Allah permudahkan niat dan kerja kita ya.

1) Sewaktu anak dalam keadaan tidur-tidur ayam, bisikan di telinganya dengan jujur kata-kata positif seperti kita sayang padanya, anak yang soleh, kuat, rajin pergi sekolah dan bijak. Ini kerana ketika itu, otak kanak sedang berfungsi manakala otak kiri pula sedang tidur. Bagaimanapun anda perlu lakukannya dengan seikhlas hati, elakkan ketika sedang marah.Selepas anak mula pejamkan mata, ramas-ramaslah jari atau tangannya supaya dia kembali dalam keadaaan tidur-tidur ayam. Islam juga menggalakan ibubapa bercakap atau berdoa dengan anak ketika mereka sedang dalam proses hendak tidur, sebabnya pada ketika itulah antara waktu-waktu doa dimakbulkan.

2) Gunakan kad imbasan untuk mengajar anak. Contohnya ABC atau 123 dalam tempoh seminggu dan lihat kesannya. Pasti dia dapat menghafal huruf-huruf yang ditunjukkan. Tunjukkan kad itu satu-persatu dengan cepat. Ini kerana apabila kad itu bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

3) Galakkan anak melakukan kraftangan. Ia adalah hasil daripada kerahan otak kanan, oleh itu ajaklah anak anda bermain tanah liat, mewarna, melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya. Memanglah selepas itu terpaksa mengemas, tetapi banyak manfaatnya.

4) Satu lagi aktiviti menarik ialah melukis gambar, contohnya rama-rama. Anda hanya perlu melukis sebahgian sahaja dan surh anak anda menyudahkannya. Ini dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.


5) Usah marah-marah atau tengking anak dengan nada yang kuat, sebabnya mereka akan simpan semuanya dalam otak kiri. Andainya anda termarah anak anda, pujuklah dengan langkah pertama tadi. Jangan malu ucapkan perkataan maaf kepada anak anda.

6) Kembangkan imaginasi anak anda dengan sesi bercerita. Anda mulakan dengan sebuah kisah dan minta anak sambungkan cerita itu mengikut daya imaginasinya.

7) Bermain teka-teki bersama anak. Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak anda meneka apakah benda itu. Mulakan dengan memberi klu seperti warna atau bunyi. Ini adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Bagaimanapun lakukannya sekitar setengah jam sehari, tak perlu terlalu lama.


8) Jika boleh elakkan menggunakan perkataan ‘jangan’ kepada anak-anak. Jikalau terlalu kerap menggunakan perkataan itu,itulah yang anak lakukan. Gantikan perkataan jangan dengan tolong atau mari kita lakukan bersama-sama supaya anak-anak lebih mudah menerima arahan kita.

Sebelum membuat latihan, anda haruslah menarik nafas dalam-dalam dan relaks… tidak boleh dilakukan semasa hendak memasak, membasuh kain, menonton dsb… tidak akan menjadi.. Perbuatan hendaklah dilakukan dengan ikhlas, serta merendah diri apabila mahir. Ini semua pemberian Allah Yang Maha Mengetahui. Sekiranya Dia mengizin anak kita menjadi pandai Alhamdulillah. Tetapi, kita kenalah berusaha, dan bersyukur jika usaha kita dah berhasil kerana bila-bila sahaja Dia boleh menarik balik pemberiannya.

Segala perkongsian pendapat sangat-sangat dialukan. Semoga maklumat ini dapat membantu ibu bapa untuk melihat anak-anak membesar bagai JUARA.