Thursday, January 21, 2010

Cinta : Edisi 4

21 Ramadhan

"awak, arini sy nk buka dgn awk boleh x..?, ade benda sy nk ckp"

kasyah : ok
..................
kasyah : td kata ade benda nak ckp?

aku terpaku. aku xtau nak ckp apa. aku nk jumpa dia je. tp mcm ade nk tanya. ha, skil komunikasi yg kurang baik. ok, tarik nafas dalam-dalam. entah, aku xtau. aku rasa macam letih je. aku pandang anak mata kasyah. susah utk di describe. dia selamba je. hanya menanti apa yg bakal aku lontarkan. finally..
"xd apelah awak. sy cume nak balik"

"awak ok ke...sy nmpk muka awk pucat je. boleh ke bawak motor. kalau x boleh, saya teman awak sampai rumah."

Aku cuma mampu tersenyum. tiba-tiba aku rasa badan aku letih sgt. aku tidak mampu berfikir. Tanpa berkata apa-apa, aku cuma meninggalkan Kasyah di situ dan berbekalkan sedikit senyuman.

Sampai di rumah, aku tertidur.

.................................................

"cha, bangun. Ko dah makan ke belum?". Lina mengejutkan aku. pukul 12am. memang aku tidak sedar. letih sgt aku rasa. aku bingkas capai telefon bimbit. satu persatu perkataan aku taip:
to : Kasyah
Awak, sy dah buat keputusan. Saya nak jalani hidup saya seperti sebelum ni.

5 minit kemudian :
xp, sy terima keputusan awak. Saya janji saya xakan ganggu awak lagi

Laju air mata aku mengalir. aku tak tahu kenapa. sakit terasa. sesak nafas. bingung. buntu.
.........................

selepas dari hari itu, aku menjalani hari-hari aku yg sepi. teman-teman cuba membuat aku ketawa. sekejap. malam, aku menangis bawah selimut. itukah rindu? tidak. aku cuma.................xtahu kenapa. bila aku makan, aku muntah. xboleh masuk. bila aku tidur, 2 jam sahaja, kemudian pasti terjaga.

seminggu kemudian, aku tidur dengan nyenyak nya. aku tak tau kenapa.
pkul 4.30 am
Calling: Kasyah....
Awak, bangun. sahur.

lama aku terdiam. air mata ini mengalir laju. Sepi menghiasi perbualan itu. akhirnya...
"Awak saya nak mintak maaf sebab ganggu awak pagi2 ni, sebab saya dah tak boleh tunggu sampai esok. Saya nk mintak maaf sebab mungkir janji yg sy dah buat untuk tidak menganggu awak lagi. saya tak boleh biarkan awak berlalu macam tu saja. Saya rasa lain sgt sejak minggu lepas. saya tak nak lepaskan awak lagi.sy nk hidup dengan awak"

"betul apa yang awak ckp? awak sanggup terima baik buruk saya? awak sanggup hadapi apa saja yg dtg dengan saya?.."

"YE, SAYA SANGGUP.."

No comments:

Post a Comment